KELAS TADABBUR TERAPI AL-QURAN - MUSOLLA AVENHAM GARDEN
Alhamdulillah, kelas Tadabbur Al-Quran mingguan di Musolla Avenham Garden kini berjalan dengan penuh keberkatan. Semakin ramai yang hadir mencari ketenangan, kekuatan jiwa dan kefahaman ayat-ayat Allah SWT.
Bagi memastikan kelas ini dapat terus dijalankan secara percuma untuk masyarakat, kami membuka peluang sumbangan ikhlas daripada para dermawan yang ingin menyokong perjalanan ilmu ini.
✨ Setiap sumbangan anda digunakan untuk:
-
Keperluan musolla & program
-
Air minuman / jamuan ringan
-
Pengurusan kelas & kelengkapan teknikal
-
Kemudahan tempat yang lebih selesa untuk para peserta
Semoga setiap huruf Al-Quran yang dipelajari, setiap hati yang kembali tenang, dan setiap doa yang dibacakan — mengalir pahalanya kepada anda juga, walaupun anda tidak hadir.